Nanti insyaALLAH saya tampalkan cara-caranya...[aisya dah bangun lama dah... die dah buat bunyi batuk2 pula sambil dok tengok ibunye menaip..mata pon dah kaca2..kesian pula tengok]..
untuk kaya, saya menuntut dari chef Puan Noriah aka mak mertua masa beliau datang ke sini .. saya punya ni ketul-ketul, mak buat licin je... kene menuntut lagi laa jawabnye kan.. apa2 pun kami ngap sampai tak larat nak sapu kat mane lagi dah...
Quote:
Kaya[satu balang]
2 biji telur
1 tin santan
gula merah ikut rasa
2 sudu besar tepung gandum atau tepung jagung[larut dengan air dulu]
esen vanila
cara-cara
campurkan telur yang telah dipukul dengan santan sampai sekata di dalam periuk di atas api perlahan. kemudian campurkan tepung, gaul sekata. Kemudian campurkan gula dan esen. Kacau semua pelan-pelan sampai pekat atas api perlahan.
untuk telur asin saya ada try banyak2 resepi ni dari myresepi..insyaALLAH syok..
Quote:
TELUR ASIN
Bahan-bahan ( 5-10 )
10 biji telur
garam
air suam
Cara-cara
1.Bersihkan telur & jemur seharian
2.Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam 3.Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.
4.Selepas 2 ke 3 minggu, bolehla direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.
saya sebenarnya baru je terjumpa telur itik ni, saya dah 2 kali projek saya try guna telur ayam.. boleh tahan..kecik pon kecik sikit dari telur itik..kiranya tak de la makan masin banyak sangat..kalau guna telur ayam perap lama lagi tambah seminggu dua lagi baru rebus..sebab katanya kulit telur ayam tebal lagi..daya resapan tak sepower telur ituk..heeee..
YA ALLAH...smpai teluq masin pn lani wt gak....ish3 mmg rajen btuila....nt da blk cni, cheq cup lani naaa....nak menuntut ilmu suri rumah berkaliber b4 kawen neh....